Tempahan Bantal Boboi Boy

Salam kepada semua pembaca,

Tempahan bantal ni sebenarnya dah lama siap. Cuma Ina tak berkesempatan nak upload. Buat bantal ni sebenarnya agak tension juga pada awalnya, takut tak jadi, sebab mencabar juga. Al-maklumlah, Ina masih baru berkecimpung dalam dunia crafting ni. Tapi Ina tetap teruskan juga, demi permintaan customer. Berkat usaha gigih, akhirnya, jadi juga. BERJAYA... heheeee..  Seronok bila tengok hasilnya. Terima kasih kepada  Atiqah, willing untuk jahitkan bantal ni.. Ina cuma tukang gunting, tampal dan design. Bantal ni sebenarnya untuk dihadiahkan kepada si kecil, bernama Lutfi yang berusia 2 tahun, perminat kartun Boboi Boy. Mamanya order untuk jadikan bantal busuk si cilik.

Respon dari si cilik: "Emm... cayangnya .. (sambil cium bantal ni)..  "
Hati ini gembira bila dapat memberi kebahgiaan kepada seseorg.

Bantal Boboi Boy

bantal ni sebenarnya warna dark brown. disebabkan amik gambar pencahayaan yang tidak cukup, seluar boboi boy yang berwarna hitam tu nampak sebati dengan warna bantal. 

Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

Pencil Case with 2 ribbon

Salam kepada semua readers


Boleh dikatakan hampir seminggu juga tak update blog. Actually jari Ina terluka, dalam juga la gara-gara terkena gunting paling tajam. Puh.. mula2 tak rasa sakit, bila nampak darah keluar, terus pedih. So, Ina cuti beberapa hari. Cuti, tak sentuh kain felt. Pada customer di luar sana, maaf lambat siapkan tempahan. Bila jari terluka, nak buat kerja pun tak boleh. Lagi2 kerja menggunting.. tak selesa.. But now dah ok dah.. boleh sambung buat kerja crafting ni :)

Semlm Ina siapkan tempahan pencil case dari sepupu Ina lagi, Rina. Ini tempahan dia kali ketiga. Sebelum ni dia ada order 3 notebook, dan 4 keychain huruf. Kali ni  pencil case pula. Sebab dah nak naik sekolah, mesti nak pencil case baru.

Inilah pencil case yang Ina buat.. lain sikit dari design sebelumnya. Kali ni Ina letak 2 ribbon. Nampak lain dr yang lain.


Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

Choose color of ribbon and pencil case


Salam ceria untuk viewer.. =D

Berbalik tentang gambar pencil case yang Ina post beberapa hari lepas, ada good feedback dan ada beberapa orang yang nak menempah. Dan ada di kalangan mereka bertanya pada Ina, Kak Ina selain pink tu ada warna lain tak?

Baru Ina perasan, kain yang sesuai untuk buat pencil case hanya ada 2 warna je. Warna light pink (mcm pencil case yang ina buat tu) dan dark brown. Warna lain kainnya lembut dan tak tahan lasak. Tak sesuai untuk buat pencil case. Demi mengelakkan sebarang komen negatif tentang produk Ina, jadi biarlah Ina menetapkan hanya kain jenis keras je sesuai untuk buat pencil case. Ina Koleksi mementingkan kualiti dalam sesuatu produk.

Jadi Ina pun membuat keputusan untuk ambil gambar beberapa ribbon yang Ina ada yang boleh dikombinasikan dengan dua warna kain tadi. Cara ini lebih mudahkan Ina dan pelanggan untuk memilih sendiri berdasarkan citarasa masing-masing. Al maklumlah kecantikan sesuatu barang itu subjektif. Mata pada sesetengah orang berbeza. Jadi Ina bimbang kalau Ina buat sesuatu tu, pemiliknya tak berkenan. Cara ini lebih mudah untuk memuaskan hati pelanggan dan juga Ina kerana berjaya memuaskan hati-hati pelanggan Ina.

So, langkah pertama:
Anda perlu pilih warna utama untuk pencil case. 
1. Light Pink (cth pencil case yang Ina buat) - kod P
2, Dark Brown - kod B

Kemudian, pilih ribbon yang anda berkenan yang sesuai dipadankan dengan warna utama pencil case anda:
1. Love ribbon (cth pencil case yang akak buat) - kod R1
2. Rose ribbon - kod R2
3. Stripe ribbon - kod R3

Cara nak tempah:
isi order form kat atas tu.. tulis kod yang anda pilih.. Penggunaan warna huruf mengikut tema ribbon yang anda pilih ya..




Light Pink


Dark brown


Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

Pencil Case pertama...

Dah lama Ina niat nak buat pencil case. Kali ini baru jadi. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa nama tertulis Rina bukan Ina? Sedangkan pencil case tu milik Ina sendiri.. hehee.. Jawapannya sebab nama Rina tu sebahagian nama Ina juga, Shahrina. =D

Ina suka ribbon love, so warna yang sesuai untuk dipadangkan dengan ribbon tu warna light pink. Gara-gara buat bantal comel 2 hari lepas, terasa nak buat pencil case guna ribbon yang sama juga.

Sesiapa berminat nak tempah pencil case, boleh tempah sekarang. Tak lama lagi sekolah bakal dibuka, Ina pasti adik-adik semua mesti nak pencil case baru.. (teringat zaman sekolah dulu2... beli stationary la paling best, boleh pilih mana kita berkenan... lepas tu letak kat kaunter, abah bayar .. =D )

Pencil Case 8.5'' x 5''

Ada lining kat dalam.. terpelihara pencil case daripada comot. 


Pencil Case can fit with caculator

Colorful pen .. Pen kegemaran Ina buat nota ringkas masa belajar dulu..


Kebetulan sama pula dengan warna hp Ina .. 

Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

Tempahan bantal oleh Cik Azi

Bantal ni dah lama ditempah oleh Cik Azi. Baru siap, sebab ada je halangannya. Cik Azi memang minta bantal warna hitam dan mahukan huruf semua colorful. So, inilah hasilnya. Cantik tak?



Kalau perasan,sebelah setiap nama tu ada nombor 13, 10, 23. Cantik pula nombor tu .. kebetulan 13+ 10 = 23. Ina ada tanya, nombor ni nombor apa? Rupanya ni nombor tarikh lahir cuma bulan je tak tahu.. =D

Bantal ni saiz 12''x14''
RM35.00

Berminat nak tempah, isi order form ya..
@emel kan inakoleksi@ymail.com
Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

Brooch Butterfly Ready Made

Saiz brooch ni dapat dilihat dengan bandingkan syiling 50sen.. 







Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

Tempahan bantal comel


Tempahan bantal comel ni oleh Shafareena, untuk dihadiahkan pada kawan baiknya sempena hari ulang tahun. Comel tak?
Bantal dari pandangan hadapan

Shafareena nak teddy bear warna pink, so, Ina combinekan warna pink sekali dalam bantal ni.

Padangan bantal dari belakang

Bantal yang ni pula memang nak full pink.
Pandangan hadapan
Bantal dari pandangan belakang

Sesiapa berminat boleh tempah. Harga bergantung pada saiz, pattern, design dan kerumitan.
Kalau bantal macam ni saiznya 5'' x 8'' .
Corak macam ni RM14.50 (corak depan dan belakang)
RM12.50 corak depan sahaja.
100% handmade


Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

Tempahan notebook oleh Darwish untuk birthday member

Sebenarnya tempahan ni dah lama, cuma Ina baru je post dekat blog ni.
Tempahan ni dari sepupu ina sendiri, Darwish. Darwish ni dah 2 kali order. Kali ni  dia tempah note book untuk birthday kawan dia. Yang pasti birthday boy. Not sure siapa nama kawan dia. Mungkin Haikal @ hakim.. hehe.. Ina teka macam tu sebab Darwish minta design yg sama macam tempahan note book yang lepas Super D, kali ni Super H.


p/s: Note book saiz ni dah habis stok. Tinggal Saiz besar (saiz buku latihan, warna brown). Note book ni cover dari kulit di hias dengan kain felt.
Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

File Clip Bug

File Clip Bug
RM3.50 per pack (10pisces)
Color as shown in picture
Price not include postage
Berminat.. sila isi borang tempahan ya... 

Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

COPYRIGHT @ 2011-2012. ALL RIGHTS RESERVED BY INA KOLEKSI