Showing posts with label felt keychain. Show all posts
Showing posts with label felt keychain. Show all posts

Keychain Owlie

Selamat sejahtera..

Kali ni entry ina berkenaan dengan keychain yang pertama kali ina reka bentuknya berbeza dengan keychain sebelum ni. Memang dulu ada impian nak buat. Crafter lain semua dah buat. Ina je lambat sikit. Inilah keychainnya..

Owlie's family
Kali ni disebabkan kebosanan yang melampau, ina reka 4 ekor owlie (mummy, daddy, dan 2 anaknya) comel tak? hihi

owlie yang dipasang dengan hp charm

Owlie yang dipasangkan dengan key chain



Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

Kembali blogging setelah lama menyepi

Salam sejahtera...

Sudah berbulan2 Ina tinggalkan blog Ina. Ina tak menulis entry tidak bermaksud ina bersara menjadi crafter. Semenjak Ina memulakan kerjaya sebagai guru, agak sibuk sikit. Ni hujung tahun cuti sekolah baru buka semula barang kraf Ina. Ada tempahan key chain yang Ina dah siapkan. Customer ni nak keychain love dan hello kitty yang berwarna oren. First time Ina buat key chain hello kitty. Lucu pula ina tengok rupa hello kitty tu .. perasan tak mcm ada yg tak kena?  Hello kitty kan biasanya warna putih. Bila ina buat key chain hello kitty tu tergelak sorang2.. sebab bagi ina tak nampak rupa kucing pun yang ina nampak adalah baby harimau.. Ngaum.. hihihi..tapi buat jelah dah customer minat warna nikan.. nasib baik masih nampak comel.. opss.. angkat bakul sendiri :D


Kalau anda perasan, huruf yang ina gunakan pada keychain love tu nampak tersusun saiznya sama. Perasan tak? Bila compare dengan keychain yang yg dulu2..ada yg besar..ada  yang kecik.. sebabnya dulu ina gunting pakai tangan. Sekarang dah kerja dah ada duit sendiri, ina beli mesin pemotong kain felt.

..

Ini lah mesinnya. Emm.. mesinnya dari USA. Cari kat Malaysia mmg susah nak dapat. Semua barang craft boleh dapat secara online. Dulu ada juga rajin pergi Singapore survey.. mmg ada jual tp masa tu tak kerja lagi, tengok jelah. Bila duit dah cuku, kedai favourite ina  kat S'pore dah pindah ke Indonesia pula. Dah tak tahan, order online je sampai depan pintu rumah, tak perlu susah2.. Pucuk pangkal duit mesti ada :p
Big Shot Machine ni sebenarnya menjadi impian ramai crafter. Mesin ni kecil je taip harga mak aii RM650. Disebabkan minat punya pasal dan dah lama idamkan, akhirnya dapat juga. Lepas ni mcm2 produk yang bakal ina keluarkan.. tunggu entry ina akan dtg ya..



Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

Tempahan oleh Rahmah

Depan pencil case
Belakang Pencil Case

Pencil Case, keychain, pin nama ( Depan) 

Pencil Case, keychain, pin nama ( Belakang)

Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

Tempahan oleh Arifah untuk adiknya


Selamat  sejahtera kepada pembaca semua..

Hampir sebulan lebih Ina tak update blog. Dah mula kerja, sibuk dengan komitmen. Sebenarnya ada je tempahan yang Ina buat cuma blog tak sempat nak update =)

Entry kali ni berkenaan dengan pencil case lagi. Tempahan oleh Arifah untuk adiknya.. Tempahan ni dah lama, cuma baru je letak kat blog seperti yang Ina katakan tadi.. =p

Arifah tempah pencil case dan keychain love.





Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

Keychain Huruf

4 keychain huruf yang diorder oleh sepupu Ina bernama Rina.
(bunyi lebih kurang samakan?? =D )
Atas permintaannya, Rina memilih huruf K digandingkan dengan warna kuning, R warna kesukaannya Pink, J warna biru dan A warna Hijau.
Keychain ni ada 2 tone warna yang berbeza.. iaitu warna cerah di hadapan, dan warna gelap di belakang kecuali huruf J. Masalah teknikal.. hehee.. Terletak warna gelap di hadapan, manakala warna cerah di belakang. Nasib baik Rina suka.. =)

Keychain huruf pada pandangan hadapan

Keychain huruf pada pandangan belakang

Bila keychain tu tergantung di zip beg sekolah, ia berpusing2.. maka keychain tu kelihatan cantik sbb mempunyai 2 tone warna.

Sesiapa nak order, boleh hubungi Ina. Anda boleh pilih warna yang anda suka... 
1 huruf RM4. Tidak termasuk kos penghantaran ye.


Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

Tempahan sebelum cuti sekolah siri II

Memandangkan masih ada sekolah yang masih belum cuti, maka ada tempahan lagi. Tak lain dan tak bukan, keychain dan pin nama.
Ada 9 pin nama dan 7 keychain.


Pin nama
Kalau anda perasan, nama yang Ina buat, nama yang berulang je. Sebagai contoh, nama Niesah ada dua. Dan  dalam post sebelum ni pun ada beberapa nama sama yang Ina dah buat seperti Aifaa dan Rahmah. Sebenarnya, pin nama ni jadi trend budak-budak sekolah pinkan di bag masing-masing. Dalam 1 beg tu.. sampai 5 pin nama tertampal dekat beg sekolah termasuk nama pemilik beg dan nama rakan-rakannya. Tu yang nama asyik berulang je. Itulah kisahnya.

 Keychain huruf dari pandangan belakang

Keychain Huruf pada pandangan hadapan

Pandangan keychain  bantal dan love dari hadapan


Pandangan keychain bantal dan love dari Belakang

Sampai disini je post kali ni. Lepas ni Ina nak siapkan Bookmark pula. Ada 3 kartun yang Ina nak terbitkan untuk jadikan bookmark.

Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

COPYRIGHT @ 2011-2012. ALL RIGHTS RESERVED BY INA KOLEKSI