Choose color of ribbon and pencil case


Salam ceria untuk viewer.. =D

Berbalik tentang gambar pencil case yang Ina post beberapa hari lepas, ada good feedback dan ada beberapa orang yang nak menempah. Dan ada di kalangan mereka bertanya pada Ina, Kak Ina selain pink tu ada warna lain tak?

Baru Ina perasan, kain yang sesuai untuk buat pencil case hanya ada 2 warna je. Warna light pink (mcm pencil case yang ina buat tu) dan dark brown. Warna lain kainnya lembut dan tak tahan lasak. Tak sesuai untuk buat pencil case. Demi mengelakkan sebarang komen negatif tentang produk Ina, jadi biarlah Ina menetapkan hanya kain jenis keras je sesuai untuk buat pencil case. Ina Koleksi mementingkan kualiti dalam sesuatu produk.

Jadi Ina pun membuat keputusan untuk ambil gambar beberapa ribbon yang Ina ada yang boleh dikombinasikan dengan dua warna kain tadi. Cara ini lebih mudahkan Ina dan pelanggan untuk memilih sendiri berdasarkan citarasa masing-masing. Al maklumlah kecantikan sesuatu barang itu subjektif. Mata pada sesetengah orang berbeza. Jadi Ina bimbang kalau Ina buat sesuatu tu, pemiliknya tak berkenan. Cara ini lebih mudah untuk memuaskan hati pelanggan dan juga Ina kerana berjaya memuaskan hati-hati pelanggan Ina.

So, langkah pertama:
Anda perlu pilih warna utama untuk pencil case. 
1. Light Pink (cth pencil case yang Ina buat) - kod P
2, Dark Brown - kod B

Kemudian, pilih ribbon yang anda berkenan yang sesuai dipadankan dengan warna utama pencil case anda:
1. Love ribbon (cth pencil case yang akak buat) - kod R1
2. Rose ribbon - kod R2
3. Stripe ribbon - kod R3

Cara nak tempah:
isi order form kat atas tu.. tulis kod yang anda pilih.. Penggunaan warna huruf mengikut tema ribbon yang anda pilih ya..




Light Pink


Dark brown


Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT @ 2011-2012. ALL RIGHTS RESERVED BY INA KOLEKSI