Showing posts with label oren. Show all posts
Showing posts with label oren. Show all posts

Kembali blogging setelah lama menyepi

Salam sejahtera...

Sudah berbulan2 Ina tinggalkan blog Ina. Ina tak menulis entry tidak bermaksud ina bersara menjadi crafter. Semenjak Ina memulakan kerjaya sebagai guru, agak sibuk sikit. Ni hujung tahun cuti sekolah baru buka semula barang kraf Ina. Ada tempahan key chain yang Ina dah siapkan. Customer ni nak keychain love dan hello kitty yang berwarna oren. First time Ina buat key chain hello kitty. Lucu pula ina tengok rupa hello kitty tu .. perasan tak mcm ada yg tak kena?  Hello kitty kan biasanya warna putih. Bila ina buat key chain hello kitty tu tergelak sorang2.. sebab bagi ina tak nampak rupa kucing pun yang ina nampak adalah baby harimau.. Ngaum.. hihihi..tapi buat jelah dah customer minat warna nikan.. nasib baik masih nampak comel.. opss.. angkat bakul sendiri :D


Kalau anda perasan, huruf yang ina gunakan pada keychain love tu nampak tersusun saiznya sama. Perasan tak? Bila compare dengan keychain yang yg dulu2..ada yg besar..ada  yang kecik.. sebabnya dulu ina gunting pakai tangan. Sekarang dah kerja dah ada duit sendiri, ina beli mesin pemotong kain felt.

..

Ini lah mesinnya. Emm.. mesinnya dari USA. Cari kat Malaysia mmg susah nak dapat. Semua barang craft boleh dapat secara online. Dulu ada juga rajin pergi Singapore survey.. mmg ada jual tp masa tu tak kerja lagi, tengok jelah. Bila duit dah cuku, kedai favourite ina  kat S'pore dah pindah ke Indonesia pula. Dah tak tahan, order online je sampai depan pintu rumah, tak perlu susah2.. Pucuk pangkal duit mesti ada :p
Big Shot Machine ni sebenarnya menjadi impian ramai crafter. Mesin ni kecil je taip harga mak aii RM650. Disebabkan minat punya pasal dan dah lama idamkan, akhirnya dapat juga. Lepas ni mcm2 produk yang bakal ina keluarkan.. tunggu entry ina akan dtg ya..



Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

Tempahan Sarung Bantal oleh Arifah

Salam kepada pembaca semua..

Sekali lagi, Arifah membuat tempahan di Ina Koleksi. Tetapi, tempahan kali ini berlainan dengan tempahan yang sebelumnya. Kalau anda perasan, sebelum ni, Arifah ada buat tempahan pencil case dan keychain untuk adiknya. Kali ini, Arifah sendiri membuat tempahan untuk dirinya sendiri dan ini adalah pertama kali Ina Koleksi menerima tempahan sarung bantal. Yang istimewanya, tempahan sarung bantal ini ditempah oleh bakal pengantin. Majlisnya berlangsung pada Sabtu ini (17/3/2012). Pada firasat Ina mungkin sarung bantal ni nak letak kat kamar tidur kot.. ?? Mungkin juga pelamin.. emm.. apa2 jelah..

Inilah sarung bantalnya...

Sarung bantal 


Inilah rupanya sarung bantalnya apabila diisi dengan bantal
Saiz: 14x14


Sarung bantal ini adalah permintaan oleh Arifah mengikut citarasanya mcm ini:

dan Arifah mahu bantal isteri ditambahkan dengan ribbon, manakala suami tak perlu ditambah dengan ribbon. Arifah berkata demikian, mungkin disebabkan Arifah memikirkan yang Ina Koleksi hanya mempunyai ribbon yang funky dan bercirikan perempuan. Bila Ina buat, rasa 'missing' suami tak dipakaikan ribbon. Tak stabil. Jadi Ina pun berusaha pergi ke kedai ribbon.. cari ribbon hitam yang bercirikan lelaki.. hahahaa.. Jadi.. itulah hasilnya.. 

Alhamdullilah.. pemiliknya berpuas hati dan suka. 

Ina Koleksi menghadiahkan frame gambar hasil kreativiti dari Ina Koleksi sendiri sebagai terima kasih dan ucapan tahniah kepada bakal pengantin ini. 


Selamat menempuhi fasa berumahtangga kepada Arifah dan pasangannya. Semoga jodoh kalian kekal hingga ke akhir hayat.. 




Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

COPYRIGHT @ 2011-2012. ALL RIGHTS RESERVED BY INA KOLEKSI