Showing posts with label Notebook. Show all posts
Showing posts with label Notebook. Show all posts

Notebook Domo, Angry Bird and Elmo

Post entry kali ini adalah tempahan dari sepupu Ina sendiri. Ina dapat tempahan 3 buah notebook yang coraknya adalah berbeza. Jom kita
lihat satu persatu notebook. Sepupu Ina tu dia suka kartun Elmo, mahu bentuk love dan ada rumput2 kat bawah buku. Atas permintaanya, inilah hasilnya.

Notebook Elmo

Notebook yang kedua pula, mahu kartun Domo. Inilah gambarnya..

Notebook Domo
Notebook yang ketiga pula, tak lain tak bukan. Kartun yang sangat diminati ramai budak2. Dalam bahasa melayunya, burung marah. hahaha... Apa lagi kalau bukan Angry Bird.

Notebook Angry Bird


Selain Notebook, ada 5 tempahan pin nama. Satu untuk dirinya, 4 nama lagi untuk berikan pada rakan2nya. Pin nama ni untuk digantung di beg sekolah.




Sekian. Ini sahaja post entry Ina. Esok ina post lagi untuk tempahan yang sedang ina buat. =)

Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

Tempahan sebelum cuti sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pagi tadi Ina dapat siapkan tempahan dari kawan2 Shafareena  yang berbentuk keychain, pin nama dan notebook. Inilah hasilnya.
Ada sesetengah keychain , minta tuliskan nama kat site belakang

Keychain dari depan

Mesti ada yang tertanya-tanyakan kenapa banyak warna purple? Donut, 2 bantal , love.. purple..Huhuhu.. Jawapannya, memang customer minta warna ni. Gara-gara sebelumnya ina siapkan keychain bantal yang ditempah oleh Amera warnanya purple dan dikenakan dengan warna kuning. Kombinasi yang sangat menyerlah, maka mereka pun nak jugalah warna purple. Tapi warna purple mmg cantik pun. Warna kesukaan Ina. Inilah keychain yang ditempah oleh Amera.

Depan

Belakang
Gambar di bawah ni adalah pin-pin nama yang adik-adik dari sekolah SETA order. Mereka nak pinkan di beg sekolah masing-masing.  Warna ni adalah mengikut citarasa customer.

Pin Nama
Gambar bawah ni pula adalah notebook yang covernya adalah leather (kulit).

Notebook 
Sebenarnya ada 2 notebook yang ina design satu tertulis 'Super Q' dan  satu lagi 'Nat'. Tapi notebook Nat, gambarnya ina terdelete. Terdelete dalam hp. Aduh... Sayangnya.. tak dpt nak tunjuk. Design polka dot yang didesign oleh saudara ina, Atiqah. Tiqa, sorry... gara2 salah tekan, terpadam pula. Sedih takde kenangan. Sesiapa yang nak order saiz notebook yang kecil ni stok dah habis. Cuma tinggal saiz buku latihan dan hanya ada warna light brown je. Gambar ni tak nampak sangat warna light brown kulit buku gara-gara kamera hp. 


2 hari lepas, Ina siapkan 4 keychain kartun Domo yang ditempah oleh kawan2 Shafareena juga. 


Ada 2 orang adik minta ditambahkan huruf di sudut belakang domo mcm ni. Huruf S dan J. 


Petang tadi pula ina sempat siapkan 5 pin nama yang di tempah oleh sepupu ina, Sabrina. Katanya nak berikan pada kawan-kawan lama. Inilah yang sempat ina siapkan tadi.

pin nama

Ada 3 lagi buku yang nak ditempah oleh sepupu Ina dan 5 lagi pin nama nak siapkan. Seronoknya pula buat semua ni. Betul kata orang, bila dah minat, segalanya menjadi.

Sesiapa yang nak tempah boleh emel or msg Ina.




Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

Notebook

Notebook yang didesign oleh Shafareena.

Buku ni salah satu komisyen yang Shafareena dapat.. hehehe.. You did a good job dear.. Banyakkan lagi jualan ya.. =D

Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

COPYRIGHT @ 2011-2012. ALL RIGHTS RESERVED BY INA KOLEKSI