Tempahan Sarung Bantal oleh Arifah

Salam kepada pembaca semua..

Sekali lagi, Arifah membuat tempahan di Ina Koleksi. Tetapi, tempahan kali ini berlainan dengan tempahan yang sebelumnya. Kalau anda perasan, sebelum ni, Arifah ada buat tempahan pencil case dan keychain untuk adiknya. Kali ini, Arifah sendiri membuat tempahan untuk dirinya sendiri dan ini adalah pertama kali Ina Koleksi menerima tempahan sarung bantal. Yang istimewanya, tempahan sarung bantal ini ditempah oleh bakal pengantin. Majlisnya berlangsung pada Sabtu ini (17/3/2012). Pada firasat Ina mungkin sarung bantal ni nak letak kat kamar tidur kot.. ?? Mungkin juga pelamin.. emm.. apa2 jelah..

Inilah sarung bantalnya...

Sarung bantal 


Inilah rupanya sarung bantalnya apabila diisi dengan bantal
Saiz: 14x14


Sarung bantal ini adalah permintaan oleh Arifah mengikut citarasanya mcm ini:

dan Arifah mahu bantal isteri ditambahkan dengan ribbon, manakala suami tak perlu ditambah dengan ribbon. Arifah berkata demikian, mungkin disebabkan Arifah memikirkan yang Ina Koleksi hanya mempunyai ribbon yang funky dan bercirikan perempuan. Bila Ina buat, rasa 'missing' suami tak dipakaikan ribbon. Tak stabil. Jadi Ina pun berusaha pergi ke kedai ribbon.. cari ribbon hitam yang bercirikan lelaki.. hahahaa.. Jadi.. itulah hasilnya.. 

Alhamdullilah.. pemiliknya berpuas hati dan suka. 

Ina Koleksi menghadiahkan frame gambar hasil kreativiti dari Ina Koleksi sendiri sebagai terima kasih dan ucapan tahniah kepada bakal pengantin ini. 


Selamat menempuhi fasa berumahtangga kepada Arifah dan pasangannya. Semoga jodoh kalian kekal hingga ke akhir hayat.. 




Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT @ 2011-2012. ALL RIGHTS RESERVED BY INA KOLEKSI