Tempahan Note book oleh Darwish

Kalau kalian perasan, tempahan note book yang Ina buat kali ni, designnya ada persamaan dengan note book sebelum ni yang ina penah buat. Bezanya pada huruf dan warna sahaja. Sebelum ni Super Q, kali ini Super D pula..



Small note book
p/s: Hanya tinggal 1 sahaja small note book. Siapa cepat dia dapat..



Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

Pin Nama order dari Cousin

Post kali ni tentang Pin Nama. Walaupun sesi persekolahan dah berakhir bagi tahun ni, namun ina masih dapat tempahan pin nama. Pin nama tu mereka nak pinkan di beg sekolah yang baru untuk sesi persekolahan tahun depan. Wahh,,, semangatkan.. Harap2 belajar pun bersemangat juga tau..

Pin nama

Sebenarnya yang cousin tu hanya 3 orang je. Atien, Fara dan Farhana. Aidil dan Aleng tu siapa? emm.. nama bf masing2la.. hahaha.. kantoi sudah.. Disebabkan Ina buat benda ni, terbocor segala rahsia.. hahaha..

Pesanan utk adik2 sepupuku: Habiskan belajar dulu baru fikir soal 'Cinta'. Mcm kak Ina ni .. =D
Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

Keychain Huruf

4 keychain huruf yang diorder oleh sepupu Ina bernama Rina.
(bunyi lebih kurang samakan?? =D )
Atas permintaannya, Rina memilih huruf K digandingkan dengan warna kuning, R warna kesukaannya Pink, J warna biru dan A warna Hijau.
Keychain ni ada 2 tone warna yang berbeza.. iaitu warna cerah di hadapan, dan warna gelap di belakang kecuali huruf J. Masalah teknikal.. hehee.. Terletak warna gelap di hadapan, manakala warna cerah di belakang. Nasib baik Rina suka.. =)

Keychain huruf pada pandangan hadapan

Keychain huruf pada pandangan belakang

Bila keychain tu tergantung di zip beg sekolah, ia berpusing2.. maka keychain tu kelihatan cantik sbb mempunyai 2 tone warna.

Sesiapa nak order, boleh hubungi Ina. Anda boleh pilih warna yang anda suka... 
1 huruf RM4. Tidak termasuk kos penghantaran ye.


Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

3 kartun Bookmark

Hai semua. Post kali ni Ina koleksi terbitkan 3 kartun untuk jadikan bookmark iaitu penanda buku. Kartunnya adalah Elmo, Domo, dan Nemo. Eh, silap  pulak.. dah biasa hujungnya sebutan 'mo' tersasul lak.. Bkn Nemo la.. Tapi Angry Bird. hehe.. ;)

Selepas tunjuk pada budak-budak sekolah, terus dapat tempahan. Alhamdulillah dapat respon yang positif.

Bookmark / Penanda Buku

Perasan tak tiba-tiba ada Domo ganjil warna pink pekat.. haha.. Warna tu atas permintaan seorg budak ni. Dia nak warna pink pekat. Mungkin nak kelainan. Bila bawa ke sekolah, kawan2 semua jeles sbb dia sorg je pink pekat.. hahaa.. Kelakar pula. 

p/s: Tadi last sekolah, selepas ni kuranglah tempahan Ina. Selepas ni nak fokus pada bantal pulak. Ada 5 bantal dalam waiting list. =)

Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

Tempahan sebelum cuti sekolah siri II

Memandangkan masih ada sekolah yang masih belum cuti, maka ada tempahan lagi. Tak lain dan tak bukan, keychain dan pin nama.
Ada 9 pin nama dan 7 keychain.


Pin nama
Kalau anda perasan, nama yang Ina buat, nama yang berulang je. Sebagai contoh, nama Niesah ada dua. Dan  dalam post sebelum ni pun ada beberapa nama sama yang Ina dah buat seperti Aifaa dan Rahmah. Sebenarnya, pin nama ni jadi trend budak-budak sekolah pinkan di bag masing-masing. Dalam 1 beg tu.. sampai 5 pin nama tertampal dekat beg sekolah termasuk nama pemilik beg dan nama rakan-rakannya. Tu yang nama asyik berulang je. Itulah kisahnya.

 Keychain huruf dari pandangan belakang

Keychain Huruf pada pandangan hadapan

Pandangan keychain  bantal dan love dari hadapan


Pandangan keychain bantal dan love dari Belakang

Sampai disini je post kali ni. Lepas ni Ina nak siapkan Bookmark pula. Ada 3 kartun yang Ina nak terbitkan untuk jadikan bookmark.

Terima Kasih sudi mengikuti Ina Koleksi. Suka?? sudi-sudikan la klik Like =)

COPYRIGHT @ 2011-2012. ALL RIGHTS RESERVED BY INA KOLEKSI